Saya telah menunjukkan nilai bekerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Saya telah bekerjasama dengan rakan kumpulan saya dengan baik semasa membuat tugasan ini. Kita mengagihkan tugasan masing-masing dengan rata dan kita telah menjalankan tugasan kita tanpa merungut. Saya akan menerima nasihat rakan kumpulan saya dengan sikap rendah diri kerana saya tahu bahawa nasihat mereka adalah untuk menyempurnakan tugasan kita. Selain dari membuat tugasan sendiri, saya juga akan mengambil berat rakan kumpulan lain dan akan memberi bantuan kepada mereka jika mereka memerlukan bantuan.