Budaya membaca sememangnya merupakan salah satu isu yang terpenting dalam pembentukan masyarakat berilmu. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan dari semasa ke semasa untuk memastikan budaya membaca dalam kalangan rakyat di negara kita. Budaya membaca boleh berjalan dengan lancar dan mencapai tahap yang optimum. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa pembentuk masyarakat berilmu melalui penerapan budaya membaca sama ada menerusi media cetak atau media elektronik dapat mempercepat proses merealisasikan wawasan negara.