Kebanyakan pelajar lebih suka mengulang kaji pada saat-saat akhir kerana banyak yang berpendapat belajar saat-saat akhir memudahkan kita mengingati sesuatu yang kita pelajari. Pendapat itu meleset sama sekali. Hal ini perlu dielakkan untuk dipraktikkan dalam kehidupan saudari. Saya yakin pihak sekolah akan memberi jadual ujian dengan awal dari tarikh ujian. Saudari akan mempunyai masa yang cukup untuk mengulang kaji pelajaran. Saudari sekurang-kurangnya memperuntukkan empat jam untuk mengulang kaji pelajaran. Tetapi, saudari tidak harus mengabaikan kerja sekolah yang diberi oleh guru di sekolah. Melalui latihan, saudari dapat mempelajari sesuatu topik dengan lebih mendalam dan berkesan.