Panduan contoh jawapan soalan 4 tugasan Geografi PT3 2015. Calon dikehendaki untuk mencadangkan kegiatan ekonomi yang berpotensi untuk dimajukan di kawasan kajian serta alasannya. Apa-apa cadangan yang logik berserta alasan kukuh diterima sebagai jawapan. Untuk kawasan kajian Telok Panglima Garang, beberapa cadangan kegiatan ekonomi boleh dijalankan seperti di bawah.
Kegiatan Ekonomi Berpotensi Dimajukan Tugasan Geografi PT3 2015
1. Homestay
Homestay adalah kemudahan tempat tinggal yang berorientasikan pelancongan desa amat berpotensi dijalankan di Telok Panglima Garang kerana kawasan ini mempunyai kampung tersusun. Pelancong berpeluang untuk mempelajari cara hidup seharian penduduk kampung disamping menambah pendapatan sampingan kepada keluarga yang terlibat.
2. Tanaman Fertigasi
Tanaman fertigasi merupakan satu kaedah penanaman pokok di dalam bekas atau polibeg yang dapat meningkatkan hasil pendapatan. Contoh pokok yang sesuai untuk kaedah ini seperti pokok cili dan timun jepun. Kaedah ini amat menguntungkan dan tidak memerlukan kawasan pertanian yang luas. Hal ini juga dapat membantu pendapatan kepada penduduk di Telok Panglima Garang.