Ramai lepasan siswazah tidak dapat menguasai banyak bahasa khususnya bahasa antarabangsa atau Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris penting dalam era globalisasi, liberalisasi dagang dan asakan teknologi maklumat (ICT) hari ini. Kita memerlukan graduan yang bukan sahaja mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh dan kepetahan bercakap atau berkomunikasi. Oleh itu, para majikan akan mengambil pekerja berdasarkan kelebihan mereka menguasai Bahasa Inggeris kerana banyak syarikat menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi.