Hikayat ini dinamakan semperna nama seorang raja yang berasal dari Rom yang dipercayai melahirkan dinasti Mahawangsa menjadi sumber keturunan raja-raja yang membuka negeri yang diberi nama Langkasuka yang kemudiannya lebih dikenali sebagai negeri Kedah Zamin Turan. Hikayat MerongMahawangsa mempunyai tiga bahagian. Bahagian pertama diceritakan mengenai raja pertama di Kedah ,iaitu Raja MerongMahawangsa. Manakala bahagian kedua, hikayat ini menceritakan mengenai tentang salah satu keturunan Raja Mahawangsa ,iaitu Raja Bersiung yang berlaku alim kepada rakyatnya. Pada bahagian terakhir pula, hikayat ini mengisahkan mengenai proses pengislaman Kedah.