Kedatangan masyarakat Cina dan India telah membawa pelbagai teknik perubatan kepada masyarakat tamadun Melayu. Contohnya, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarran Shahyang telah membawa seorang doktor India yang pakar dalam bidang perubatan serta mengimport kepakaran daripada Madras pada tahun 1856 bagi memberi rawatan kepada penduduk Kedah.
Selain itu, kemasukan imigran Cina yang bertali arus pada abad ke-19 sebenarnya turut membawa bersama sistem perubatan tradisional mereka ke Tanah Melayu. Kemasukan yang akhirnya membawa kepada proses mastautin mereka di Tanah Melayu turut membawa kepada kemasukan tabib-tabib Cina serta berates-ratus ubatan dari tumbuhan dan organ haiwan.
Kedatangan sistem perubatan Cina dan India ini telah membuka mata penduduk tempatan, iaitu kaum Melayu untuk lebih terbuka dalam mencuba sistem perubatan lain kerana padaasalnya mereka lebih mengutamakan perubatan traidisional seperti pawang berbanding pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan.